10 JENIS TANGISAN
- Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
- Menangis kerana rasa takut.
- Menangis kerana cinta.
- Menangis kerana gembira.
- Menangis kerana menghadapi penderitaan.
- Menangis kerana terlalu sedih.
- Menangis kerana terasa hina dan lemah.
- Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
- Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
- Menangis orang munafik – pura-pura menangis.
“..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis.” (AnNajm : 43)
Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air
mata telah mengalir di dunia ini. Sumber nya dari mata mengalir ke pipi
terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering ia
berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir
ke laut tidak pernah berhenti?.kalaulah air mata itu di tampung
banjirlah dunia ini. Tangis tercela atau terpuji ?? Ada tangisan yang
sangat di cela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul
dada atau merobek-robek pakaian. Ada pula tangisan sangat-sangat di
puji dan di tuntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam
atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah. Tangisan dapat
memadamkan api Neraka “Rasulullah saw bersabda : Tidaklah mata seseorang
menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api
neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak
akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum
menangis, maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatupun
yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata.
Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api
neraka.” Air mata taubat Nabi Adam a.s Beliau menangis selama 300 tahun
tanpa mendonggak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa
yang telah ia lakukan.Dia bersujud di atas gunung dan air matanya
mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah
telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih.Beberapa ekor
burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, “Manis sungguh
air ini.” Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu
mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya. Lalu Allah
mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, “Hai
Adam sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air lebih lazat daripada
air mata taubat mu!.”
Air mata yang tiada di tuntut:
- Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukan kah Tuhan yang telah menentukannya.
- Janganlah menangis menonton filem kerana itu kan cuma lakonan.
- Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.
- Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan.
- Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan.
- Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakin lah, rezki itu adalah pemberian Tuhan.
Dari itu??.. Simpanlah air mata-air mata
tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian
yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam
yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari
Allah swt. Seru lah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak
mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali
dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan mendapat
ampunanNya jua.
Junjungan Mulia bersabda “Ada 2 biji mata
yang tak tersentuh api neraka, mata yang menangis di waktu malam hari
kerana takut kepada Allah swt dan 2 biji mata yang menjaga pasukan fi
sabillah di waktu malam”. ”Di antara 7 golongan manusia yang
akan mendapat naungan Allah dihari qiamat”??seseorang yang berzikir
bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah swt lalu bercucuran
air matanya”. ”Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takut kepada
Allah, maka berguguran lah dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari
pepohonan kering.” Air mata tanda rahmat Tuhan
Rasulullah saw bersabda : Jagalah mayat
ketika kematiannya & perhatikanlah 3 perkara. kerana hal hal
tersebut menandakan rahmat Allah swt untuk si mayat.
- Apabila dahi nya berpeluh.
- Airmatanya berlinang.
- Hidungnya keluar cecair seperti hingus.
Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
- Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan
- Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu
- Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu
- Dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu.
Allahualam
SHARE : http://johneox.wordpress.com
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
nama
email
komen